BINTANG JEPUN KEISUKE HONDA TAK JADI KE SELANGOR?
Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa bintang bolasepak Jepun, Keisuke Honda akan ke Selangor FC di jendela perpindahan Liga Malaysia tak lama lagi. Honda yang amat popular di media sosial sudah pasti akan menjadi aset "marketing" Selangor FC jika dia benar-benar bersama Selangor.Baca kisah lamaran Selangor FC ke atas Keisuke Honda di sini.
Namun, berita ini telah dinafikan oleh CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.
“Kita banyak fokus kepada pemain-pemain yang berpotensi tinggi dan pemain-pemain muda. Pemain-pemain yang ada nama besar bukan keutamaan kami buat masa ini,” jelas Johan Kamal mengenai perkembangan pasukan kepada Astro Arena.
“Memang tak betul berita tersebut. Pihak kami tidak pernah menghubungi atau nama Keisuke Honda diberikan kepada kami. Memang tiada langsung. Buat masa ini, kami tiada perancangan tersebut [membawa masuk Honda],” (sumber: SemuanyaBola) .

Comments
Post a Comment